Guru Kemas boleh berTikTok

Mohamad Yasid menyempurnakan simbolik Majlis Perasmian Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, di sini, hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mempunyai sebarang halangan buat kesemua guru tabika untuk membuat content (kandungan) di laman sosial asalkan ia memberi manfaat kepada kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, ketika ini terdapat lebih 10,800 premis membabitkan 220,000 kanak-kanak belajar di Kemas di seluruh negara.

Katanya, langkah berkenaan dilihat amat membantu dalam membolehkan guru Tabika Kemas berkongsi kemahiran serta pengalaman mendidikan golongan kanak-kanak bersama guru lain.

“Namun kami tidak sesekali membenarkan aplikasi TikTok berkenaan digunakan bagi tujuan peribadi lebih-lebih lagi sekiranya dilakukan dalam waktu pejabat.

“Kita tengok content, jika memudah cara untuk mengajar kita benarkan, sebaliknya jika untuk tujuan peribadi di waktu pejabat (bekerja) kita tak benarkan,” katanya sempena Majlis Perasmkan Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, di sini, hari ini.

 

Post a Comment

0 Comments