Hanya guru boleh tentukan silibus murid tinggi atau rendah - Dr Anuar

Imej hiasan

"Kuku perlulah pendek setiap masa. Oleh itu, potonglah kuku sekali dalam seminggu. Tuliskan isi tersirat.."

Soalan di atas adalah contoh pengisian silibus mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua dengan arahan 'baca, fahami dan tulis isi tersirat' yang tular baru-baru ini di media sosial.

Susulan itu ia mencetuskan polemik mengenai tahap silibus mata pelajaran berkaitan yang disifatkan terlalu tinggi untuk murid Tahap Satu ketika ini.

Sebenarnya, kritikan terhadap tahap silibus mata pelajaran di sekolah bukanlah perkara baharu. Dalam kalangan ibu bapa, pelajar malah guru sendiri mereka sudah lama gusar dengan keadaan ini.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang awalnya diperkenalkan di peringkat sekolah menengah atas alasan untuk memperkasakan sistem pendidikan setaraf negara maju, kini turut diterapkan di sekolah rendah. Langkah itu mendapat kritikan kerana ia memperli. hatkan tahap pendidikan kebangsaan yang tidak setara dengan usia pelajar.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) mula memberi perhatian serius untuk pelaksanaan KBAT sejak 2013. Ia adalah kesinambungan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang diperkenalkan KPM sejak tahun 1994.

Namun pengenalan KBAT bagi peringkat rendah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang khuatir anak-anak merasa bosan dan berputus asa untuk belajar apabila sukar me. mahami kehendak soalan.

Ia bukan sahaja dilihat memberi impak kepada daya tumpuan murid memahami pembelajaran malah turut menyukarkan guru untuk menjalankan pembelajaran membabitkan KBAT.

Bagi seorang ibu dengan tiga anak di sekolah rendah, Norshira Abdul Jalil, tempoh dua tahun murid ketinggalan akibat pandemik bukanlah tempoh singkat untuk dikejar guru bagi menghabiskan silibus yang disediakan.

"Perlu diingat tempoh dua tahun pandemik memberi kesan kepada keciciran murid. Ada yang tidak meneruskan persekolahan, ada juga yang masih gagal menguasai 3M (membaca, menulis, mengira).

"Kita tidak mahu jika isu silibus tinggi ini menjadi satu bebanan murid yang terpaksa mengharunginya tanpa rela' menyebabkan orang di sekeliling mereka juga seperti ibu bapa atau guru mendidik dengan perasaan terpaksa seterusnya kemenjadian individu itu 'hilang kerana terlalu memfokuskan KBAT dalam silibus tinggi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP) berkata sudah tiba masanya KPM menyegerakan tindakan untuk mengkaji semula silibus termasuk penguasaan 3M murid.

"Sebagai ibu, pastinya saya bersetuju langkah yang diambil KPM menyemak semula kurikulum sekolah rendah dan menengah bagi menilai dakwaan sukatan mata pelajaran terlalu sukar atau sebenarnya pelajar yang tidak biasa dengan aras kesukaran berkenaan.

"Kajian itu perlu mengambil kira situasi yang dihadapi murid, guru dan ibu bapa yang melaluinya ditambah lagi ketika ini ramai yang masih ketinggalan akibat pandemik COVID-19.

"Malah sebenarnya, kami sebagai ibu bapa pun sukar membantu kerja rumah mereka kerana tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan," katanya yang melihat silibus mata pelajaran Matematik dan Sains Tahap 1 ketika ini terlalu tinggi.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, beliau melihat amalan penyediaan dan penggubalan silibus atau kurikulum tidak hanya membabitkan satu pihak sebaliknya ia dijalankan secara berpasukan termasuk pakar daripada pelbagai bidang

"Apabila pembelajaran Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD), kita sebenarnya meraikan kepelbagaian pelajar. Kita tidak lagi melihat pelajar itu standard kerana dahulu prestasi mereka adalah berpandukan peperiksaan.

"Tetapi hari ini kita bercakap mengenai penilaian PBD pelajar dan akan ada pelajar berprestasi tinggi dan rendah bergantung kepada kemampuan mereka.

"Jadi jika silibus atau kurikulum direndahkan, kita mungkin memberi kelebihan kepada pelajar berprestasi rendah tetapi bagaimana mereka yang berprestasi tinggi untuk memperlihatkan tahap kemampuan sebenar?," katanya.

Beliau berkata, kurikulum yang tinggi sebenarnya tidak salah' dari sudut pelaksanaan pendidikan kerana ia diperlukan untuk pelajar yang mempunyai keupayaan yang baik.

Namun, pada masa sama KPM harus menyediakan silibus asas dan rendah kepada pelajar yang tidak mampu.

"Sebab itu, soal silibus tinggi atau rendah sepatutnya tidak menjadi isu kerana kita kini memerlukan kurikulum yang sesuai untuk keupayaan pelajar mengikut keadaan mereka.

"Ada pelajar yang berprestasi yang tinggi maka memerlukan cabaran dalam pembelajaran maka golongan ini sesuai untuk dibe. rikan silibus tinggi begitu juga sebaliknya, katanya.

Beliau berkata, KPM perlu menyediakan silibus yang fleksibel supaya guru boleh merancang pembelajaran mengikut kumpulan pelajar mereka sama ada murid itu berprestasi tinggi atau sederhana.

Tambah beliau, di saat ini genting ini, adalah lebih baik jika KPM dapat merancang pembelajaran mengikut keadaan pelajar.

"Saya kurang setuju jika silibus perlu direndahkan sebali. knya fleksibelkan mengikut kesesuaian pelajar dan orang yang berhak membuat keputusan bagi menentukan silibus sesuai digunakan adalah guru.

"Biarlah guru menentukan siapakah layak dan sesuai mengikuti silibus tinggi atau rendah.

"Dengan cara itu, kita dapat mengembangkan potensi itu mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Jadi pelajar yang berprestasi rendah ini bila mereka dapat tingkatkan pencapaian dan kuasai penguasaan asas, guru akan alihkan aras ke peringkat seterusnya," katanya.

Anuar berkata, dengan cara itu pembelajaran akan jadi lebih dinamik dan menjawab kepada keperluan individu pelajar.

"Suka saya tegaskan di sini, kita mahu menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar dan tidak ada masalah jika ia diselaraskan rendah atau tinggi mengikut pandangan guru mereka sendiri bukannya pegawai KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD, atau orang luar.

"Ini adalah kerana hanya guru yang mengenali kemampuan pelajar mereka. Jadi gurulah sepatutnya golongan paling sesuai menentukan silibus tinggi atau rendah untuk pelajar mereka," katanya.

Previous Post Next Post