Perketat prosedur rakaman hiburan di institusi pendidikan - Pensyarah

Tidak dinafikan pemain industri hiburan pasti mempunyai idea dan kreativiti ter sendiri untuk menggambarkan maksud dan tujuan sesuatu lagu, drama atau filem apabila memilih institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti sebagai salah satu lokasi penggambaran. Hal ini secara tidak langsung membawa manfaat tersendiri kepada institusi itu seperti bantuan kewangan, promosi dan pemasaran.

Apabila sesuatu rakaman aktiviti hiburan dilakukan di institusi pendidikan, pastinya pihak penerbit perlu membuat permohonan dan menuruti prosedur yang ditetapkan oleh institusi pendidikan terbabit. Tidak kiralah sama ada institusi pendidikan itu di bawah kendalian pihak kerajaan mahupun swasta.

Prosedur itu perlu diikuti kerana setiap institusi pendidikan seperti sekolah dibina dengan matlamat yang lebih besar iaitu mendidik, melahirkan generasi seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahkan, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kompleks berlaku di dalam sekolah dan bilik darjah. Oleh itu, membenarkan aktiviti hiburan di ins titusi pendidikan perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menyampaikan mesej yang sa lah kepada penonton atau masyarakat mengenai peranan institusi pendidikan itu sendiri.

Namun, sering kali rakaman penggambaran membabitkan babak percintaan di sekolah dipaparkan dalam lagu, filem, drama dan itulah yang tertanam dalam minda anak remaja dan masyarakat yang menontonnya. Apatah lagi kalau unsur yang keterlaluan membabitkan babak seperti rogol, buli melampau, aktiviti berunsur seksual turut dilakukan di sekolah.

Beri kesan kepada pelajar 

Babak ini bukan sahaja ditonton dalam bentuk rakaman, tetapi memberi kesan kepada pelajar yang menonton secara langsung.

Oleh itu, pihak berkuasa perlu melihat dan mengemas kini semula prosedur operasi standard bagi mana-mana pihak yang ingin melakukan rakaman hiburan di sekolah seperti meneliti kan. dungan rancangan supaya lebih menonjolkan peranannya sebagai institusi pendidikan.

Justeru, ia seharusnya tidak mengandungi unsur keterlaluan dan sensitif yang melanggar budaya dan adat resam masyarakat Malaysia. Selain itu, pastikan juga rakaman dijalankan di luar waktu sekolah dan bukan waktu sesi persekolahan berlangsung, termasuk hari hujung minggu yang diadakan aktiviti sekolah seperti hari sukan dan lain-lain.

Pihak berkuasa juga boleh mengenakan denda pada kadar yang tinggi seperti RM10,000 bagi pihak penerbit atau pemain industri yang tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

Malah, wujudkan juga jawatankuasa pemantau khas bagi projek hiburan sebegitu apabila dilakukan di sekolah.

Diharapkan sedikit sebanyak pandangan ini dapat membantu pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan memperkemas prosedur sedia ada apatah lagi jika ia sudah diguna pakai selama ini. Hal sedemikian bertujuan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan tujuan salah, selain mengelakkan masyarakat tidak memandang rendah peranan serta prestij institusi pendidikan.

Dr Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia


Previous Post Next Post