Optimumkan penggunaan fasiliti di sekolah - KPPM


PUTRAJAYA: Pegarah pendidikan negeri dan daerah diarah memastikan semua kemudahan di sekolah digunakan secara optimum bagi mengelak ia dilihat sebagai pembaziran wang rakyat.


Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali selepas mendapati sekurang-kurangnya dua sekolah dikenal pasti tidak menggunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya tanpa pengurusan efektif oleh pihak sekolah, jabatan pendidikan negeri dan daerah.


Dalam majlis amanat beliau kelmarin, hasil turun padang beliau mendapati ada dua sekolah yang tidak mengoptimumkan kemudahan masing-masing dan tidak digunakan sebaik mungkin.


Katanya, ada sebuah sekolah menengah yang padat tetapi sekolah rendah berdekatan, kemudahannya boleh tampung pembelajaran di peringkat menengah kerana ada dua makmal, bilik persediaan seni, asrama dengan beratus bantal dan tilam.



 "Jadi saya nak seru semua rakan-rakan (pengarah pendidikan negeri dan daerah) turun ke bawah cari sampai jumpa apa lagi kemudahan yang tak digunakan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dan mengembalikan semula kepada rakyat. 


"Ini kerana perkara seumpama itu kita menanggung dosa sebab itu duit rakyat yang dibelanjakan untuk buat kemudahan tapi tak diuruskan. dengan satu kaedah yang paling efektif," katanya.


Perkara itu menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian serius di sebalik usaha kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangani isu sekolah daif, sedangkan ada sekolah yang mempunyai kemudahan lengkap dan mencukupi tetapi tidak digunakan sepenuhnya.


Pkharuddin berkata, peman- tauan pihak jabatan pendidikan negeri dan daerah diperlukan untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan diuruskan secara efektif.


"Semua kemudahan yang ada di setiap sekolah perlu digunakan secara optimum supaya bangkit suasana sela- mat, sihat dan sejahtera dalam kalangan warga sekolah. 


"Pemantauan pihak jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah diperlukan untuk memastikan perkara ini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia semalam. 


Pkharuddin memberitahu, beliau terbuka membatu menyelesaikan sebaik mungkin jika ada apa sahaja isu melibatkan kemudahan sekolah yang diperlukan untuk perhatian pihak KPM. 


Katanya, ini termasuk mencari anak-anak yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira (3M) supaya dapat mengatasi masalah keciciran selain me- mastikan aspek kesejahteraan guru, dan menangani sekolah daif dan masalah digital. 


"Kalau saya duduk di kerusi Ketua Pengarah ini saya sudah jumpa dua sekolah dengan dua kali sahaja pergerakan saya, jadi saya yakin anda semua (kepemimpinan jabatan pendidikan negeri dan daerah) dapat turun sama di daerah masing-masing, pasti jumpa. 


"Saya terbuka, beritahu sahaja apa yang anda jumpa untuk bantu selesaikan sebaik mungkin dalam pelbagai cara, itu keyakinan saya boleh berikan selagi saya boleh turunkan tandatangan bagi memudahkan urusan," katanya. 


Sebelum ini, KPM mendedahkan 830 sekolah yang kebanyakannya terletak di Sabah dan Sarawak dikenal pasti mempunyai blok bangunan daif yang dikategori sebagai bangunan berskala enam dan tujuh iaitu ditakrifkan tidak selamat serta memerlukan penggantian atau pembangunan semula. 


Dalam Belanjawan 2023, KPM menerima peruntukan tertinggi iaitu RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, pe- runtukan RM2.3 bilion dikhususkan untuk membina infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik, termasuk RM920 juta untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur sekolah-sekolah daif di seluruh negara, khu- susnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas selaras teras keenam KPM. 


Peruntukan RM900 juta pula untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) selain membina tujuh sekolah baharu dengan kos RM560 juta (SK Paya Dusun, Terengganu; SMK Denai Alam, Selangor; SMK Na- balu, Sabah dan SMK Dudong, Sarawak). 


Previous Post Next Post