UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan - Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Kemeterian Pendidikan (KPM) tidak merancang mengembalikan sistem penilaian pelajar mel- alui peperiksaan termasuk peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sudah dilaksanakan bagi menggantikan pemansuhan penilaian UPSR dan PT3.


Menurut beliau, berdasar- kan penelitian KPM, PBS ialah pendekatan terbaik supaya pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan bagi murid serta dapat membangunkan potensi murid secara menyeluruh.


"Oleh itu, KPM tidak bercadang untuk mewujudkan semula sistem peperiksaa pada masa ini.


"Sebarang keputusan untuk melaksanakan semula bergantung pada hasil laporan Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025." kata beliau semasa sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat semalam.


Kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, PBS melibatkan pentaksiran berasaskan bilik darjah, aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta psikometrik, selain menitikberatkan nilai murni, minat dan pembentukan sahsiah.


Terdahulu, Jamaludin Yahya (Pasir Salah-PN) bertanya sama ada kementerian akan mewujudkan semula sistem peperiksaan.




Previous Post Next Post