Pekeliling Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam (Guru)

 

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berhubung kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 telah menetapkan bahawa seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatannya.

Kelayakan untuk guru:

a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i. menggunakan semua baki Cuti Besalin bergaji penuh; dan
ii. jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan; dan
iii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan
ii. bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 dengan ini TERBATAL

Muat turun: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2017 : KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
Previous Post Next Post