Garis panduan peruntukan jumlah waktu PJPK di sekolah rendah


Pelaksanaan PdP Pendidikan Jasmani adalah sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 (Lampiran 12) iaitu: 

a. Peruntukan masa minimum bagi PJPK 48 jam setahun. Agihan waktu seperti berikut;

i. Pendidikan Jasmani: 32 jam setahun; dan 
ii. Pendidikan Kesihatan: 16 jam setahun. 

b. Penyusunan jadual waktu PJPK adalah seperti berikut; 

i. Peruntukan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani selama 30 minit bagi satu sesi PdP dan dilaksanakan berselang hari dalam seminggu manakala mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dijalankan selama 30 minit bagi satu sesi PdP; dan 
ii. Waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak boleh digabungkan pada satu sesi pembelajaran.



Previous Post Next Post