JPA tambahbaik kemudahan Cuti Kuarantin penjawat awam


PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam telah melakukan penambahbaikan di dalam pekeliling Kemudahan Cuti Kuarantin untuk penjawat awam. Perkara tersebut dimaklumkan di dalam satu surat siaran yang dikeluarkan pada 4 Mac lalu.

"Bagi menambah baik peraturan sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan, kerajaan bersetuju Kemudahan Cuti Kuarantin ditambah baik seperi berikut:

(i) nama kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada "Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan"

(ii) penambahan jenis penyakit berjangkit lain 

Senarai jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana terkandung dalam Lampiran SR.5.4.4(A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan 

(iii) kadar tempoh cuti (bilangan hari) 

(a) kadar tempoh cuti/ bilangan hari cuti dikekalkan maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am, dan

(b) pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. Selain itu, apabila keadaan
seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR).

"Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan) seperti di Lampiran A berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan," katanya.

Muat Turun:



Previous Post Next Post