Apa itu Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)?


UPBMG ialah satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah KPM. UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 

SASARAN UPBMG 

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM 

4 KEMAHIRAN YANG DIUJI


Kemahiran bahasa meliputi empat komponen utama iaitu:
  • Kemahiran Mendengar
  • Kemahiran Bertutur
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Menulis
Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM. 

KEMAHIRAN MENDENGAR



Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

KEMAHIRAN BERTUTUR


Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif. 

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema. 

KEMAHIRAN MEMBACA


Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

KEMAHIRAN MENULIS



Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
 

 

Previous Post Next Post