Kes Culik | Ibu bapa ambil anak-anak di sekolah lebih awal

IBU bapa mengambil inisiatif untuk datang lebih awal menjemput anak-anak di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal, Kota Bharu, Kelantan. – FOTO/ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU: Golongan ibu bapa di sekolah menengah di sini mengambil inisiatif datang lebih awal untuk menjemput anak-anak masing-masing sebagai langkah keselamatan susulan dakwaan culik atau membawa lari pelajar yang tular ketika ini mesksipun didapati tidak berasas oleh pihak polis.

Tinjauan Akhbar Utusan Malaysia di beberapa buah sekolah di sekitar daerah ini mendapati, rata-rata ibu bapa sanggup berkorban masa dan setia menunggu anak-anak di hadapan sekolah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Utusan Malaysia melaporkan, seorang bapa, Hamzah Yusof,57, berkata, dia sanggup datang lebih awal di hadapan sekolah kerana bimbang dengan keselamatan anaknya selepas membaca laporan berkait de. ngan dakwaan tersebut di laman-laman sosial Facebook

Menurutnya, dia sentiasa berpesan kepada anaknya supaya sentiasa berada di kawasan sekolah dan menjauhi individu yang tidak dikenali.

"Saya akui agak bimbang dengan keselamatan anak-anak dan oleh sebab itu, saya mengambil langkah untuk datang mengambil anak lebih awal walaupun terpaksa menunggu lama.

"Itu adalah salah satu lang. kah untuk mencegah perkaraperkara tidak diingini berlaku termasuk sentiasa berpesan kepada anak-anak supaya berada di dalam kawasan sekolah ketika menunggu ibu bapa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Akhbar itu semalam melaporkan, polis menegaskan dakwaan culik atau membawa lari atau menculik kanak-kanak di pekarangan sekolah yang tular dalam laman sosial sejak kebelakangan ini didapati tidak berasas.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kesemua dakwaan itu tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak.

Previous Post Next Post