Buku Panduan & Buku Ringkasan Pelaksanaan SKPMg2 di Sekolah

Buku Panduan Pelaksanaan Program Bimbingan di Sekolah ini dapat membantu pengetua / guru besar dalam membimbing barisan pemimpin pertengahan, guru-guru dan KP di sekolah.

Malahan pegawai-pegawai di PPD, JPN mahupun KPM boleh menjadikan Rubrik Skop Bimbingan yang berasaskan SKPMg2 dalam buku ini sebagai panduan bimbingan dalam meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid.

Baca juga: Muat Turun Borang Penskoran SKPMg2 PdPc Format Excel

Buku ini diharapkan akan menjawab beberapa persoalan:

1. Adakah program bimbingan yang dilakukan menepati pendekatan coaching and mentoring?

2. Apakah standard dan ukuran yang perlu diberi dan dicapai dalam program bimbingan di sekolah?

3. Adakah program bimbingan di sekolah menepati dan selaras dengan kehendak SKPMg2 yang menjadi tanda aras status kualiti pengurusan sekolah.

4. Apakah skop dan kandungan bimbingan yang standard berdasarkan fokus bimbingan yang akan diberikan di sekolah?

5. Bagaimanakah proses dan kaedah bimbingan yang perlu menjadi budaya / amalan di sekolah?

MUAT TURUN:


Post a Comment

0 Comments