Orang kenamaan, ahli politik tidak dibenar laksana program ad-hoc di sekolah

Imej hiasan


Orang kenamaan dan ahli politik tidak dibenarkan ke institusi pendidikan secara ad-hoc untuk melaksanakan program yang melibatkan guru atau pensyarah dan murid. Perkara ini terkandung di dalam surat pekeliling ikhtisas bilangan 4/2023 terbaharu daripada Kementerian Pendidikan (KPM) yang diedarkan pada hari ini.


"KPM sentiasa Melindungi Masa Instruksional (MMI), iaitu masa PdP murid, sehubungan dengan itu sebarang permohonan secara ad-hoc tidak akan dipertimbangkan kecuali permohonan yang difikirkan sesuai dan dipertimbankan oleh pelulus," jelas garis panduan yang terbaharu itu.


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dipertanggungjawabkan untuk memantau, menyelaras dan membantu pihak sekolah untuk memastikan garis panduan ini dipatuhi semua pihak.

Previous Post Next Post