Garis panduan mengesan kepatuhan pentadbir dalam PdP

GARIS PANDUAN UNTUK MENGESAN KEPATUHAN PENGETUA DAN GURU BESAR KEPADA SURAT SIARAN KPPM BIL.5/1998: TANGGUNGJAWAB MENGAJAR BAGI PENGETUA DAN GURU BESAR DI SEKOLAH

Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah

Profession keguruan adalah berteraskan kepada prinsip bahawa setiap guru perlu mengajar murid-muridnya di dalam kelas. Prinsip tersebut terpakai bagi semua guru, tanpa mengecualikan sebilangan guru yang telah dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar.

Penegasan perlu diberikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa mereka dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu, di samping melaksanakan tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran di sekolah.

Pada masa-masa tertentu di mana Pengetua atau Guru Besar tidak dapat memasuki kelas kerana menghadiri mesyuarat atau urusan rasmi Jabatan, Pengetua atau Guru Besar berkenaan hendaklah mengatur supaya dapat bertukar jadual waktu kelas dengan seorang guru lain yang juga mengajar kelas tersebut. Guru yang memasuki kelas dalam waktu Pengetua atau Guru Besar hendaklah mengajar mata pelajarannya sendiri dan tidak sebagai guru ganti.

Pengetua atau Guru Besar akan tetap mengajar mata pelajarannya sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu, walaupun tidak mengikut waktu yang ditetapkan dalam jadual.

Apa yang dimaksudkan Pengetua/GB tidak patuh arahan (Surat Siaran KPPM Bil.5/1998)?
PROSES PENGESANAN
TINDAKAN


Muat Turun:

GARIS PANDUAN UNTUK MENGESAN KEPATUHAN PENGETUA DAN GURU BESAR KEPADA SURAT SIARAN KPPM BIL.5/1998: TANGGUNGJAWAB MENGAJAR BAGI PENGETUA DAN GURU BESAR DI SEKOLAH 

Previous Post Next Post