Ibu bapa berdepan denda jika anak tidak hadir ke sekolah

LONDON - Ibu bapa yang membawa anak mereka bercuti pada waktu penggal persekolahan tanpa alasan kukuh akan didenda, kata kerajaan Britain baru-baru ini. 

Tindakan keras baharu itu bertujuan untuk menangani masalah ponteng. 

Kerajaan turut mencadangkan supaya daftar murid disimpan secara elektronik. 

Ibu bapa yang anak-anaknya mempunyai lima hari ketidakhadiran atau kelewatan tanpa kebenaran dalam satu penggal, bercuti semasa tempoh penggal atau berada di tempat awam dalam tempoh lima hari pertama pengecualian akan menghadapi notis penalti tetap, menurut rancangan itu. 

Rancangan itu juga akan mengetatkan peraturan mengenai ketidakhadiran murid sekiranya mereka sakit. 

Peraturan semasa membenarkan nama murid dipadamkan daripada senarai daftar atas alasan kesihatan yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke sekolah. - Agensi

Post a Comment

0 Comments