Protokol Penggunaan Jata Persekutuan Ikut Pekeliling


Jata Persekutuan merupakan lambang rasmi Kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952. Jata Persekutuan yang berkuat kuasa sehingga kini adalah melalui Warta Kerajaan P.U. (B) 563 bertajuk Statut-statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990. Warta tersebut mengisytihar dan memasyhurkan devais dengan reka bentuk dan warna seperti di Lampiran A disifatkan sebagai Lambang Negara Malaysia. 

Akta 414 bertajuk Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 telah memasukkan Jata Persekutuan sebagai Lambang Ternyata di dalam Bahagian 1 Jadual. Penggunaan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah menjadi suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali. 

Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 bertajuk Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan telah dikaji semula dan ditambah baik dengan tatacara penggunaan Jata Persekutuan sebagai lambang Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.

PEMBATALAN

Dengat berkuat kuasanya Surat Pekeliling Am ini, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 adalah dibatalkan.

Muat Turun: SPA Bil 1/2022 PENGGUNAAN JATA NEGARA
Previous Post Next Post