Sistem pendidikan ikut aliran Sains, Sastera sudah tidak relevan - Dr Anuar


Pengamalan sistem pendidikan secara aliran iaitu Sains (STEM) dan Sastera boleh dikatakan tidak mengikut arus perubahan sistem pendidikan yang berlaku ketika ini di peringkat global. 

Menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr.Anuar Ahmad, kebanyakkan negara lain yang lebih maju sudah tidak mengamalkan sistem aliran tersebut seperti mana yang diamalkan di Malaysia ketika ini.

"Kalau kita lihat banyak negara di dunia ini sebenarnya sudah pun tidak lagi mengambil kira bidang sains dan sastera ini.

"Mereka mengamalkan apa yang dipanggil silang disiplin, atau 'cross discipline' kerana pada mereka seseorang individu itu memerlukan kedua-duanya, sastera dan juga sains," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan bidang seperti senibina dan pengaturacaraan juga memerlukan seni. Beliau turut berkata, jika negara hendak terus maju ke hadapan, kementerian perlu memikirkan semula tentang
keperluan melihat aliran-aliran ini sebagai aliran pendidikan murid di negara ini.

Beliau menyifatkan kewujudan aliran tersebut sebagai ketinggalan zaman berbanding kesesuaian semasa. Sistem pendidikan negara katanya perlu mengikuti rapat perubahan dan keperluan yang berlaku selain perlu bersifat lebih terbuka.

Perubahan pendidikan jelas lebih mencabar selepas COVID-19 melanda dan Malaysia akan ketinggalan jika lewat mengambil tindakan.


 

Previous Post Next Post