Spesifikasi dan Format Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)



Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) diperkenalkan bagi memupuk pembangunan diri dan menyediakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khususnya guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 

UPBMG ialah instrumen yang menguji kecekapan kemahiran bahasa, iaitu bertutur, membaca, menulis, dan mendengar dalam kalangan guru yang mengajarkan Bahasa Melayu.


Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi Ujian dan Format bagi UPBMG telah menetapkan tahap minimum penguasaan kemahiran guru Bahasa Melayu pada Tahap 4 berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KPM, 2018a, 2018b, 2019, 2021). 

Semua guru Bahasa Melayu perlu menguasai tahap penguasaan yang telah ditetapkan bagi memacu transformasi pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia secara sistematik dan strategik pada semua peringkat bagi memastikan peningkatan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. 

UPBMG ini juga dijalankan untuk memberikan jaminan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian terhadap kecekapan berbahasa guru Bahasa Melayu.

Berikut dikongsikan Spesifikasi dan Format UPBMG yang telah disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Muat Turun: Spesifikasi dan Format UPBMG
Previous Post Next Post