Pencerahan Isu Kadar Gaji Guru Master, PhD lebih tinggi ikut pekeliling

 

Al kisah ada yang bertanyakan kepada admin berkaitan perkara gaji guru yang mempunyai Ijazah Sarjana (Masters) dan PhD yang pernah diwar-warkan satu ketika dahulu.

Kita sedia maklum, guru-guru sekarang bukan lagi hanya mempunyai ijazah pertama, tetapi juga ramai yang memilik Ijazah Sarjana malah PhD juga!

Namun begitu, masih ramai yang belum memahami bagaimana pula dengan bayaran gaji yang mereka terima. Ianya berpunya daripada satu kenyataan daripada Kementerian sendiri yang menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk guru-guru yang memiliki Master dan PhD.

Baca lagi: Panduan untuk memohon kenaikan gaji Masters/PhD

Dan ada juga yang mempersoalkan bagaimana dengan kadar gaji guru-guru yang telah lama memiliki sijil berkaitan? Ini kerana, kenyataan tersebut hanya menyebut guru baharu yang memilik kelayakan sedemikian yang akan memperoleh keistimewaan tersebut.

Di sini kita harus faham perkataan ‘gaji permulaan’. Gaji permulaan guru-guru berbeza mengikut peredaran masa. Namun demikian kerajaan tidaklah bertindak kejam, kerana guru-guru yang telah lama memilik Master dan PhD yang BELUM melepasi gaji permulaan guru baharu ini akan diselaraskan. 

Guru lama yang sudah melepasi gaji permulaan ini tidak akan mengalami perubahan.

Pekeliling Bilangan 40 Tahun 2013 juga menyatakan:

KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Pegawai akan ditawarkan penetapan gaji permulaan di jawatan baharu seperti berikut:

(a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau

(b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baharu, atau 

(c) pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD bagi pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan asal adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana


Petikan Pekeliling Bilangan 40 Tahun 2013

Melalui pekeliling ini, guru siswazah dan bukan siswazah akan digabungkan dibawah satu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sahaja.

Tiada lagi skim yang bermula dengan DGA, hanya DG sahaja. Dan untuk membezakan pegawai yang bermula daripada diploma, kenaikan ke skim 40+ akan beralih kepada DG42 dan bukan lagi DG41 seperti sebelum ini.

Oleh yang demikian, guru yang berasal dari DG29 akan ke gred DG42 seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Pekeliling ini juga menggariskan penambahbaikan berkaitan gaji permulaan ke gred baharu bagi guru yang mempunyai Master atau PHD.

Untuk lebih faham guru-guru boleh muat turun untuk membaca dengan teliti PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 di bawah.

Muat Turun:

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 

Previous Post Next Post